masih belum selesai

0

Posted by ayana | Posted in

aku baru je balik dari jamuan kelas aku. antara yang menjadi aktiviti dan topik menarik yang ingin aku sampaikan ialah kami bermain aktiviti surat-menyurat di mana kami diminta untuk menulis surat kepada insan yang buat kami "terasa hati" satu masa dulu. kami perlu meluahkan segala-galanya di atas surat berkenaan. antara matlamat permainan ini ialah agar ukhwah yang mantap yang pernah terbina suatu masa dulu dapat dikembalikan semula pada masa ini. bagaimana pula dengan aku?? argh masih cuba untuk menerima keadaan malam ini. perasaanku bercampur baur.. antara suka, sedih, takut, gembira, geram, stress, berdebar-debar.. yang penting lebih banyak negatif dari positif.. sekarang tibalah masa untuk kami semua mendapat surat kami sendiri. yang penting, aku telah menerima surat dari "seseorang". "seseorang" yang pernah mempunyai "sejarah" bersamaku. antara isi kandungan surat tersebut ialah aku diminta untuk bersikap matang dalam semua perkara! argh.. aku dikatakan tidak cukup matang dalam melaksanakan sesuatu tugasan?! apakah makna kematangan yang cuba disampaikan olehnya?! sakit hatiku bukan kepalang apabila memikirkannya! sekian lama aku perahkan otak ku ini untuk memahami maksud yang tersembunyi, akhirnya aku bertemu jawapannya. itu semua kerana antara kami masih lagi belum selesai sepenuhnya.. aku meninggalkan dia secara tiba-tiba suatu ketika dulu di saat dia melafazkan kata cinta dan kasihnya terhadap diriku ini. sehingga kini, dia masih lagi mencari apakah punca aku bersikap sedemikian. dan disebabkan itu aku dituduh tidak matang!! di sini inginku luahkan segala-galanya.......... wahai "lelaki" inilah jawapanku terhadap segala persoalanmu...

bukan ku tak sudi menerima lamaranmu.. sungguh!! secara jujur, aku telah dapat menerimamu pada saat kau melafazkan kata itu.. tapi sudah suratan dan takdir Ilahi, perasaan ini tidak dapat aku curahkan.. tidak dapat aku nyatakan.. tidak dapat aku sampaikan.. kerana di saat itu, aku menjadi keliru dengan sikapmu yang seolah-olah tidak sepenuhnya mahu menyayangi diri ini. aku keliru! aku buntu! ketika itu, ramai yang datang padaku menyatakan bahawa mereka juga pernah menerima lafaz itu daripadamu. aku tidak tahu sejauh mana kesahihan kata mereka itu. setelah itu, aku keraskan hati untuk tidak menerimamu.. benar! aku lebih mempercayai mereka dari dirimu.. tapi aku yakin sehingga kini, tindakan ku itu bukan kesilapan! mungkin tiada jodoh antara kita.. wahai "lelaki" hayatilah bait-bait lagu ini......

Kerna terpaksa aku melangkah pergi
Kerna terpaksa ku turut kata hati
Gementar tubuhku dengan keputusan ini
Biarpun pedih ku teruskan jua

Di antara kita mengapa ada dia
Biarpun hanya kawan biasa
Tapi ku rasa berlainan caranya
Hingga mencakar perasaanku
Terpaksaku
Terpaksaku membuat pilihan
Mengundurkan diri untuk kebahagiaanmu

Kerna terpaksa aku rela sendiri
Kerna terpaksa lalu aku menangis
Tertutup hatiku untuk bercinta lagi
Tidak ku tahu bila kan terbuka

Di antara kita mengapa ada dia
Biarpun hanya kawan biasa
Tapi ku rasa berlainan caranya
Hingga mencakar perasaanku
Andainya ku melakukan begitu
Bagaimanakah perasaanmu
Terpaksaku
Terpaksaku membuat pilihan
Mengundurkan diri untuk kebahagia

fahamkah dikau kini mengapa aku bertindak sedemikian??? wahai "lelaki" selesaikan yang masih belum selesai ini kerana sebenarnya ia sudah lama selesai..

lepaskan aku.. lupakan aku.. kita bina perhubungan baru.. iaitu berkawan tanpa rasa jemu.. itu lebih baik daripada senantiasa dirundung perasaan cemburu..

kini ku lihat kau lebih bahagia disampingnya.. bukankah itu adalah yang terbaik dalam dirimu? hargainya.. kerna aku juga telah mendapat jalan bahagia ku sendiri.. doakan aku.. agar "masjid" ini terbina dengan bahagia..

SELESAI.....

sebaknye terasa..

0

Posted by ayana | Posted in

2 jam yang lalu, aku ader buka 1 blog yang begitu menyentuh hatiku..kisah yang diceritakan terjadi di hadapan mata ku sendiri.namun, apa yang ku lihat hanyalah kejadian yang beberapa minit sahaja, tetapi bagi penulis blog itu, beliau mengalami situasi tersebut dari permulaan sehingga ke pengakhirannya. sebak terasa apabila mengingati semula pensyarah yang kami tidak sangka-sangka sedang menghadapi penyakit yang begitu menyakitkan..namun, dari sudut pandangan mata kasar, aku terharu kerana walaupun sedang bergelut dengan penyakit yang dihadapi beliau begitu tabah dan kuat dalam mengharunginya. ini jelas terpapar melalui air muka beliau yang sentiasa tersenyum dan benarlah kata pensyarah ku yang lain bahawa beliau memang tidak pernah menolak kerja yang diberikan. tapi aku??? sentiasa menolak akan tugas yang diberikan. malah sentiasa mempamerkan riak wajah yang tidak puas hati apabila tidak menyenangi akan sesuatu..arghh begitu kejam dan zalim aku kerana tegar melakukan sifat yang sedemikian kepada semua..YA ALLAH! ampunkanlah dosa hambamu ini. teringat juga aku akan ceramah motivasi yang pernah aku hadiri 4 hari yang lepas. dari situ, baru ku sedar bahawa aku seorang yang amat keras hati!!! masakan tidak, susah benar untukku mengalirkan air mata keinsafan. tapi yang begitu pelik apabila mata ku tiba-tiba sahaja mengalirkan air mata tanpa ku pinta dan tanpa ku sedari. air mata yang sudah lama aku tidak keluarkan dengan cara seperti ini. seingat aku, ianya berlaku pada peringkat sekolah menengahku. selepas itu, ia tidak pernah lagi mengeluarkan dengan cara seperti ini. oh TUHAN, apakah masih ada ruang untukku memperbaiki kesilapan silam?? adakah aku berpeluang merasa kemanisan yang sudah lama aku tidak merasakannya..? aku terlalu jauh darimu YA ALLAH. teramat jauh. aku alpa akan nikmat dunia. ASTAGHFIRULLAH AL'AZIM!!! aku lupa akan mak dan abah yang sentiasa menunggu kepulangan ku dengan khabar gembira tentang keputusan ku yang cemerlang. aku lupa akan janji ku pada mereka. aku lupa akan tanggungjawabku sebagai seorang anak. aku lupa akan segala-galanya. tapi mereka?? mereka sentiasa ingat padaku. sentiasa mendoakan aku. sentiasa mengharapkan kejayaan ku. sentiasa mengharapkan agar anaknya ini dapat menggembirakannya biarpun kudrat yang masih ada sebenarnya sudah tidak berdaya untuk mengerahkannya, tetapi kerana anaknya yang seorang ini, mereka sanggup berhadapan dengannnya walaupun sudah melewati uisa.. mak, abah, maafkan anakmu ini. aku harus melawan perasaan MALAS!! aku mesti rajin belajar! aku mesti berjaya!! kalian..doakan aku..