rindu......

0

Posted by ayana | Posted in







selamat bermula hidup baru...tajuk hari ni rindu..rindu pd siapa?..rndu pd kngn yg menimpa..rindu pd insan yang dah tiada..rindu pada penulisan yang x seberapa..rindu pd kesemuanya...


argghhhh..da lame x menulis blog..rs kekok semacam je..almaklumla, dkt setahun ak tggalkan..tahun 2010..byk cerita, sedih dan gembira, sesuatu yang x disangka2, kerja yg dtg bertimpa2 kerana mahukan segulung ijazah yg akhirnya keputusannya adalah x seberapa..tp mcm mana pun ak ttp gmbira krn berjaya harungi kesemuanya..berkat doa sahabat dan keluarga...padaMU YANG MAHA ESA, ku panjatkan syukur setinggi2 nya.....SYUKUR~


2010...bermula awl tahun, hidup pnh dgn kesibukan yang melampau..mn x nye, praktikum 3 bulan..tempoh masa yang sangat lama...tp syukur dan alhamdulillah..akhirnya aku berjaya mndapat gred A berkat usaha dan pertolongan kawan2 juga yg x jemu mmbntu ak juga utk berjaya..t.ksh sahabat~..(BERSAMA USTAZAH ASMAH, GURU PEMBIMBINGKU....


KAJIAN TINDAKAN....1 tgs yg sgt mncbr jg, mn x nye..prlu wat kajian..ak blur, x tau nk mula dr mn. ak bukanla budak pandai. tahla sume nye kekok..x tau knape thn 2010 adalah thn kekusutan ak..tp....TIEQAH, sahabat yg paling banyak mmbntu ak dalam akademik..smpai proposal pun die tlg..x pnah jmpa kwn cm die..syg ko kah..smpai bile2..bile pk blk, ko wt ak trharu..ms ak ssh, ms ak x dpt nk pk ap2..ko sntiasa dtg mringankn beban tu...HOUSEMATE VILLA KANCIL...u oll d bezzzzzzz..slalu protect adik bongsu ni~




(TIEQAH, EMPUNYA BLOG, AZIE, KAK NISAH, KAK DAYAH)


MAK....hmmmm..x tau nk tls cmne....tanggal 23 MEI 2010, hr yg x kn ak lupa kan smpai bile2...mak mghmbuskan nafas terakhirnya, pada waktu subuh yg mulia...kate abah..pesanan terakhir mak...."JANGAN KEJUT ANAK2..JAGA ANAK BAIK2..JANGAN BERGADUH ADIK BERADIK...MAK NAK PEGI JAUH NI...."benar...mak mmg nk g jauh..jauh sgt..tggalkan kami..tggalkan abah, tggalkan kami adik beradik....trharu sgt psnn mak.....ak dpt pggln telefon dr abah tepat jam 0630 pagi..2x abah call, kali prtama ak x agkt, wlupn ak dgr bunyi, tp tah knapa ak rs brt nk agkt, ak pndg je call tu, kali ke2 ak agkt bila tieqah kate, ema abah call..ak tau abah yg call..sbb ringtone tu hya utk abah..ak agkt...dgn suara yg serak dan seakan meraung...."DIK....MAK DAH X DE...MAK DAH X DE...."ak terduduk!!!ak menjerit, ak meraung, ak menangis..sume dalm rumah trjaga, azi, k.nisah, k.dayah..sume msh panik lihat keadaan ak..ak hampir terbaring..tieqah sambut ak, ak ckp.."MAK DA X D KAH..MAK DAH X DE...............






"SABA MA..KITA SOLAT SUBUH DULU...BGUN MA...."..ak cb bgun, payahnye la..ak gagahkan juga pegi bilik air...dlm bilik air ak menangis lagi..sedu sedan...solat pun x mampu..azie dtg peluk ak....ak lagi sebak....azie nangis utk ak....k.nisah dtg bwk telekung..pakaikan ak telekung..ak solat dgn limpahan air mata....ak x tau nk wtpe..bingung..mujur ad sahabat2 yg dtg mmbntu..muslimat PAI II dtg ke rumahku, menenangkan ak..ak terharu...t.ksh..mama syg sume...x lupe juga pd NURI, UMMI, WANI, SENAH...sbb dtg lawat ak...tlg ak uruskan tiket kapal terbang...kak dayah peluk ak ms dlm kete..tngkn dr ak, spnjg prjlnn hntr ak ke airpot, byk sgt kucing yg mati kat tgh jln..punca kematian??x tau laa...kak nisah tya"KNAPE BYK SGT NI KUCING MATI...?..dan ak bsuara.."SUME G IKUT MAK EMA KAK......"trus syp sunyi dlm kete bile ak ckp cmtu..hmmmmmm....smpai d airport,kak nisah bagi pinjam duit beli tiket flight..maaf..ema da sshkan akk.......loy, amy, banana, fthi, rizzman, afiq sume dtg lawat..x lupa jg pada classmate..frdaus,nuar,salman,ashraf,khalid..mrka hulurkan duit pd ak....lagi sebak ak...t.ksh kwn2~


prnh x korg alami perasaan d mn kereta jenazah brada d halaman rmh korg????


ak x sgka ak la insan terpilih yg akan mgalaminya...sejuknye tgn ms tu, mggigil2..abah dtg kate, kwn2 ak dtg..ak jln msuk ke rmh..abg epy ku dtg dan pgg ak..prtama kali ak pelu die dgn kuat, ak pgg bdn die dgn erat..ak sgt lemah..ak x mmpu nk msuk rmh..nk smpai dpn pintu, ak da nmpak skujur bdn yang diselimuti kain putih..kaku terbaring....................."BEYP....EMA X BOLEH...EMA X BOLEH..."kakiku kaku, lututku lemah..abg epy ak pgg ak, bw jg ak smpai kat tubuh yg kaku itu..............


mkck ak dtg peluk ak, pgg ak suh kuat smgt, lap air mata ak..suh tgk wajah mak wat kali trakhir..ak x kuat nk cium pp mak...lama ak cb utk kumpul kekuatan itu..akhirnya..syukur, ak brjaya cium pp mak..masa tu ak kuat nk pndg wajah mak...muka mak bersih, tenang...wjh mak seakan masih hidup!!!!


sbb tu smpai skrg..ak x prnh rs mk da x de..malah ak rase mak ad sntiasa..bsama2 dgn ak..sdg mlhat ak..cuma mak x mampu utk bkata2 dgn ku....


byk kali mmpi mak....tp mak x bckp dgn ak..mak pandang je muka ak......"EMA RINDU MAK~"


PEPERIKSAAN...ak kna ulang preksa sbb ak x dpt amek hr tu..sbb "pemergian" mak..ak x le nk bc buku..bile ak pndg je buku tu, mst ak tringt "kejadia 23 mei tu"...arghhh..air mata ku sntiasa mgalir...mgalir dan trus mgalir....kak nadya, pujuk ak, bri ak smgt..VILLA MYVI..dada, aien, b, k.ain, k.nadya..bantu ak..pujuk ak, beri ak smgt utk study..t.ksh sume...t.ksh..alhamdulillah...ak brjaya capainye..ak lulus dgn cmrlg..tp ak tahu itu markah belas kasihan dr pensyarah..t.ksh US. NAIM~


sbnrnye..klau nk ikutkan rmai yg bg moral support pd ak..x pts2 beri ak smgt..kata2 prgsg..rizzman, umi maimunah, ustzh asmah, us sabawi, us jaafar..dan rmai lagi..tp ak x dpt nyatakan smua di sini, walaupun mcm tu ak sntiasa doakn pd mrka yg x prnh pts2 mmbntu ak, doaku hanyaALLAH jua yang mampu mmblsnye...t.ksh krn mmbntu anak yatim ini~


~PAI II....DI HATI~


INTERNSHIP+KAJIAN TINDAKAN+PEPERIKSAAN AKHIR........................
smuanya dpt ak harungi.........t.ksh sahabat, t.ksh pd kluarga trcinta, t.ksh pd smua pnsyarh~


..........................BERSAMBUNG>>>>>>>>


masih belum selesai

0

Posted by ayana | Posted in

aku baru je balik dari jamuan kelas aku. antara yang menjadi aktiviti dan topik menarik yang ingin aku sampaikan ialah kami bermain aktiviti surat-menyurat di mana kami diminta untuk menulis surat kepada insan yang buat kami "terasa hati" satu masa dulu. kami perlu meluahkan segala-galanya di atas surat berkenaan. antara matlamat permainan ini ialah agar ukhwah yang mantap yang pernah terbina suatu masa dulu dapat dikembalikan semula pada masa ini. bagaimana pula dengan aku?? argh masih cuba untuk menerima keadaan malam ini. perasaanku bercampur baur.. antara suka, sedih, takut, gembira, geram, stress, berdebar-debar.. yang penting lebih banyak negatif dari positif.. sekarang tibalah masa untuk kami semua mendapat surat kami sendiri. yang penting, aku telah menerima surat dari "seseorang". "seseorang" yang pernah mempunyai "sejarah" bersamaku. antara isi kandungan surat tersebut ialah aku diminta untuk bersikap matang dalam semua perkara! argh.. aku dikatakan tidak cukup matang dalam melaksanakan sesuatu tugasan?! apakah makna kematangan yang cuba disampaikan olehnya?! sakit hatiku bukan kepalang apabila memikirkannya! sekian lama aku perahkan otak ku ini untuk memahami maksud yang tersembunyi, akhirnya aku bertemu jawapannya. itu semua kerana antara kami masih lagi belum selesai sepenuhnya.. aku meninggalkan dia secara tiba-tiba suatu ketika dulu di saat dia melafazkan kata cinta dan kasihnya terhadap diriku ini. sehingga kini, dia masih lagi mencari apakah punca aku bersikap sedemikian. dan disebabkan itu aku dituduh tidak matang!! di sini inginku luahkan segala-galanya.......... wahai "lelaki" inilah jawapanku terhadap segala persoalanmu...

bukan ku tak sudi menerima lamaranmu.. sungguh!! secara jujur, aku telah dapat menerimamu pada saat kau melafazkan kata itu.. tapi sudah suratan dan takdir Ilahi, perasaan ini tidak dapat aku curahkan.. tidak dapat aku nyatakan.. tidak dapat aku sampaikan.. kerana di saat itu, aku menjadi keliru dengan sikapmu yang seolah-olah tidak sepenuhnya mahu menyayangi diri ini. aku keliru! aku buntu! ketika itu, ramai yang datang padaku menyatakan bahawa mereka juga pernah menerima lafaz itu daripadamu. aku tidak tahu sejauh mana kesahihan kata mereka itu. setelah itu, aku keraskan hati untuk tidak menerimamu.. benar! aku lebih mempercayai mereka dari dirimu.. tapi aku yakin sehingga kini, tindakan ku itu bukan kesilapan! mungkin tiada jodoh antara kita.. wahai "lelaki" hayatilah bait-bait lagu ini......

Kerna terpaksa aku melangkah pergi
Kerna terpaksa ku turut kata hati
Gementar tubuhku dengan keputusan ini
Biarpun pedih ku teruskan jua

Di antara kita mengapa ada dia
Biarpun hanya kawan biasa
Tapi ku rasa berlainan caranya
Hingga mencakar perasaanku
Terpaksaku
Terpaksaku membuat pilihan
Mengundurkan diri untuk kebahagiaanmu

Kerna terpaksa aku rela sendiri
Kerna terpaksa lalu aku menangis
Tertutup hatiku untuk bercinta lagi
Tidak ku tahu bila kan terbuka

Di antara kita mengapa ada dia
Biarpun hanya kawan biasa
Tapi ku rasa berlainan caranya
Hingga mencakar perasaanku
Andainya ku melakukan begitu
Bagaimanakah perasaanmu
Terpaksaku
Terpaksaku membuat pilihan
Mengundurkan diri untuk kebahagia

fahamkah dikau kini mengapa aku bertindak sedemikian??? wahai "lelaki" selesaikan yang masih belum selesai ini kerana sebenarnya ia sudah lama selesai..

lepaskan aku.. lupakan aku.. kita bina perhubungan baru.. iaitu berkawan tanpa rasa jemu.. itu lebih baik daripada senantiasa dirundung perasaan cemburu..

kini ku lihat kau lebih bahagia disampingnya.. bukankah itu adalah yang terbaik dalam dirimu? hargainya.. kerna aku juga telah mendapat jalan bahagia ku sendiri.. doakan aku.. agar "masjid" ini terbina dengan bahagia..

SELESAI.....

sebaknye terasa..

0

Posted by ayana | Posted in

2 jam yang lalu, aku ader buka 1 blog yang begitu menyentuh hatiku..kisah yang diceritakan terjadi di hadapan mata ku sendiri.namun, apa yang ku lihat hanyalah kejadian yang beberapa minit sahaja, tetapi bagi penulis blog itu, beliau mengalami situasi tersebut dari permulaan sehingga ke pengakhirannya. sebak terasa apabila mengingati semula pensyarah yang kami tidak sangka-sangka sedang menghadapi penyakit yang begitu menyakitkan..namun, dari sudut pandangan mata kasar, aku terharu kerana walaupun sedang bergelut dengan penyakit yang dihadapi beliau begitu tabah dan kuat dalam mengharunginya. ini jelas terpapar melalui air muka beliau yang sentiasa tersenyum dan benarlah kata pensyarah ku yang lain bahawa beliau memang tidak pernah menolak kerja yang diberikan. tapi aku??? sentiasa menolak akan tugas yang diberikan. malah sentiasa mempamerkan riak wajah yang tidak puas hati apabila tidak menyenangi akan sesuatu..arghh begitu kejam dan zalim aku kerana tegar melakukan sifat yang sedemikian kepada semua..YA ALLAH! ampunkanlah dosa hambamu ini. teringat juga aku akan ceramah motivasi yang pernah aku hadiri 4 hari yang lepas. dari situ, baru ku sedar bahawa aku seorang yang amat keras hati!!! masakan tidak, susah benar untukku mengalirkan air mata keinsafan. tapi yang begitu pelik apabila mata ku tiba-tiba sahaja mengalirkan air mata tanpa ku pinta dan tanpa ku sedari. air mata yang sudah lama aku tidak keluarkan dengan cara seperti ini. seingat aku, ianya berlaku pada peringkat sekolah menengahku. selepas itu, ia tidak pernah lagi mengeluarkan dengan cara seperti ini. oh TUHAN, apakah masih ada ruang untukku memperbaiki kesilapan silam?? adakah aku berpeluang merasa kemanisan yang sudah lama aku tidak merasakannya..? aku terlalu jauh darimu YA ALLAH. teramat jauh. aku alpa akan nikmat dunia. ASTAGHFIRULLAH AL'AZIM!!! aku lupa akan mak dan abah yang sentiasa menunggu kepulangan ku dengan khabar gembira tentang keputusan ku yang cemerlang. aku lupa akan janji ku pada mereka. aku lupa akan tanggungjawabku sebagai seorang anak. aku lupa akan segala-galanya. tapi mereka?? mereka sentiasa ingat padaku. sentiasa mendoakan aku. sentiasa mengharapkan kejayaan ku. sentiasa mengharapkan agar anaknya ini dapat menggembirakannya biarpun kudrat yang masih ada sebenarnya sudah tidak berdaya untuk mengerahkannya, tetapi kerana anaknya yang seorang ini, mereka sanggup berhadapan dengannnya walaupun sudah melewati uisa.. mak, abah, maafkan anakmu ini. aku harus melawan perasaan MALAS!! aku mesti rajin belajar! aku mesti berjaya!! kalian..doakan aku..

sejauh mana kita pergi..sekuat mana pun kita lari..kita tak dapat hindar realiti..dan kita akan jumpa juga diri kita sendiri

0

Posted by ayana | Posted in

ye!kita x boleh lari dari kesilapan..kita x ley lari dari kenyataan dan kite x le lari dr masalah. yg penting kta kena menghadapinye..x kira laa..kesan di kemudiannya sedih atau pun gembira. tp sume 2 adalah pengalaman yg paling berharga dalam diri kita..dan sebagai hambanya, kita patut bersyukur. realitinya, aku harus tabah menghadapi dugaan idop. ni jalan yang aku pilih. jalan yg aku rasakan betul satu ketika dulu. tp klau btl, knape aku sendiri rasa sedih dan seakan x le trime kenyataan??knape????jawapannya mudah!sbb aku sendiri x redha dan x ikhlas dengan jalan yang aku pilih! konsep redha dan ikhlas sesuatu yg amat mudah untuk digahami tapi amat sukar untuk dipraktikkan!knape?kurgnye ilmu dan iman d dada..x mengerti kesan dan kemanisan di sebalik keredhaan dan keikhlasan. itulah yang aku rasai kini...

kisah bermula apabila aku dilamar oleh seorang jejaka yang merupakan teman aku ketika terlibat dalam sesuatu program (terpaksa dirahsiakan namanya). bkn x suka. bknnyer memilih. tp hati dan perasaan ini mahu menerima dia sepenuh hati. bukannya berbelah bahagi ataupun hanya mahu title semata-mata yakni mahu digelar sebagai "tunangan" org shj. tp menerima dan memilikinya sepenuh hati. itulah yang paling penting. barulah rumahtangga yang akan dibina kekal hingga akhirnya..
BERSAMBUNG........

awwalul kalam dengan..ASSALAMUALAIKUM

0

Posted by ayana | Posted in

i everyone!! hari ni aku buka lembaran baru dalam idop aku sebagai seorg blogger yg setia!! tp untuk jd seorg yg setia, perlu ader penyokong yg setia..bak kate org, SEIRING DAN SEJALAN..oleh itu, sahabat2 sume kena la senantiasa menyokong my blog..hehe..takde pape yg best aku nak story, cuma aku minat berkongsi pengalaman..kalau korg tgk 'tajuk besar' aku 2, korg pun leh pk sendiri apa yang aku nk cte..ye!kat dunia ni, takde pape yg kekal untuk selama2 nya..melainkan Pencipta kita, yakni YANG MAHA ESA.DIA lah hanya yg kekal, tp kita sebagai hamba-NYA akan tetap menghadapi SAKARATUL MAUT! bercakap tentang mati. adakah kita da bersedia untuk menghadapinya??? tepuk dada, tya iman dan juga amal..selain itu, aku juga akan berkongsi tentang cite idop aku..dalam usia yang muda ni, msti x lari dari masalah CINTA ni..hmm..nk tau????TUNGGUUUUUUUUUU......sahabat2, aku nak rehat jap erk...please.....WAIT 4 ME=)